Gambar

Friday, November 9, 2012

Rombongan ke Sunway Lagoon dan KL

   4,5,6 November (ahad,isnin,selasa) sekumpulan Form 3 telah menerjah Kuala Lumpur utk Lawatan sambil 'Belajar'? Kami bertolak pada jam 8 pagi dan tiba di KL pada 11:47:12. Tepat seh pengiraan aku. Mula2 kami ke Muzium Negara, Planetarium, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan check-in Hotel Sun INN. Malam itu kami ke Berjaya Times Square. Dan aku,aryn,naqib,Mil ternampak seorang artis.

   5 November - Kami telah bergerak ke Sunway Lagoon. Aku bersama 7 org rakan pergi ke Extreme Park dahulu. ATV,Go-kart kami dh try. Lps tu naik Zamprella, dan Pirates Revenges 360 degree spin. Dan melawat Scream Park. Seperti biasa, Naqib menjadi tumpuan kali ini. Lepas tu baru la terjun kolam. 




Pemandangan Dari atas jambatan





Malam itu, batch 97' SMKBP mengalami Prom Night. Semua pelajar harus memakai pakaian formal dan memakai mask. Semua bergaya pada malam tu. Terdapat cabutan bertuah,persembahan dri Akhmal dan Faizad serta lawak dari Haziq(ajik) yg sungguh profesional. 

Batch 97' SMKBP

Sudah tiba hari terakhir. Sekali lagi, kami dibawa ke Berjaya Times Square. Aku ke sana bermain boling,memanah dan mengikut kwn2 yg lain. Dan kami pulang ke Kulai pada jam 3 petang dan tiba pada pukul 10 malam.


P/S: Untuk menyaksikan Naqib menyanyi di Prom Night klik link di sini : http://www.youtube.com/watch?v=lwaWaZWvfas&feature=share

Tuesday, October 16, 2012

Aku SUDAH BEBAS!!!!

     Siapa yang tak suka kesenangan dalam hidup. Sekarang ni batch 97' menghadapi kemerdekaan untuk 2 bulan daripada PMR. Lega rasanya!!

    Apa2 pun aku doakan agar semua calon2 pmr dan spm mendapat keputusan yang cemerlang ketika keputusan diumumkan. AKU SUDAH BEBAS DARI PMR,PMR,PMR, PTPTN ( ==' )

   *Aku tak tau la nak tulis apa. Haha!!!

Sunday, December 11, 2011

Update blog

Dh lama aq dh x update blog. Ape yg aq nk update ialah '' bye ''

Wednesday, September 14, 2011

Saturday, September 10, 2011

Kisah koir 11/9/2011

:(

Agak sedih sebab koir dapat nombor 4. Tapi tu semua adat. Pertandingan ini diadakan di Today's Mall, Ulu Tiram. Agak jauh jugak perjalanan. Akhirnya, kami tiba pada pukul 8.30 pagi. Kemudian, practice la, apa lgi.

Saat pertandingan dah bermula. Lagu pertama ialah Malaysia Tanah Airku, lagu kedua ialah setia dan lagu solo ialah Budi Bahasa Budaya Kita. Conductor ialah Loi Ren Yi dan pianist oleh Hui Wen. Agak banyak jugak tepukan. Ada 10 pasukan yang bertanding. Seperti biasa, kedua-dua sekolah Convent JB dan Muar, mempunyai suara yg begitu tinggi dan menarik.

Namun, nasib menyebelahi Convent JB yg telah membawa lagu Perpaduan Bangsa dan Gemilang ( Jaclyn Victor ). Tempat kedua dari Batu Pahat, dan ketiga dari Convent Muar. Bagaimanapun, tahniah kepada pasukan koir kerana telah mengharumkan daerah Kulaijaya dan lain-lain.
Ni gambar-gambar koir semasa pertandingan.








Aku dan Akhmal tak nampak sangat





Conductor 


Yang ini maskot pasukan koir.






YB!! Saper budak 2 orang ni?



dan

http://www.facebook.com/media/set/?
set=a.257420464290546.70231.100000677833178&type=1

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar, wallillah hilham


Selamat Hari Raya dan Maaf dari Kutub selatan hingga utara, zahir dan batin. Andai aq wt salah, ( walaupun sbnrnya aku mmg berniat begitu ) , mohon maaf dipinta. Tak lupa juga, orang yang buat salah kt aq, MELUTUT CEPAT!!! Haha, SAJer jer. Aku ampunkan la salah korang tu. Kita sama-sama manusia kan.

Akhir kata,
kalau nak main mercun, jangan anggap jari anda sebagai sumbu. Nanti nak berfacebook, susah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang ke ( entahlah )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...